Wednesday, August 6, 2014

:: kahwin!! ::


hi korang!morning.semalam,saya tak ada update apa-apa kan?haaa...sebab semalam tak ada cerita yang nak dikongsi.malas rasanya nak on laptop then menaip semalam.bayangkan,saya boleh terlelap pukul 10 pagi and tersedar pukul 10.30 pagi.itu pun nasib baik bibik masuk bilik amik pakaian yang kotor.huish...agak-agak la kan,kalau bibik tak masuk bilik waktu tu,entah pukul berapa dah saya terlajak tidur.hmmm....tak pernah-pernah la jadi macam ni.mungkin penat kot...heheeee...(alasan)

oopppsss!korang jangan pulak fikir yang saya ni kaya ye sebab ada bibik.bukan....saya tinggal dengan pakcik saya.and yes,he have a servant.ok,korang dah tahu kan siapa yang orang ada-ada?nak diceritakan,sekarang ni saya tinggal dengan family pakcik saya which are they are the best (not including my uncle la).haha...sebab?jarang becakap dengan uncle.tak selalu..busy je.lepas tu macam serious.haaa..tu yang macam kena fikir dua tiga kali jugak la kalau nak bercakap dengan dia.tapi,anak-anak dia,perh!mabolos tau.jangan main-main.dalam anak-anak dia,saya paling rapat dengan yang 2nd.even dia umur lebih tua BANYAK dari saya.tapi,otak dia boleh ngam dengan otak saya.kalau dekat dalam bilik,perh!sampaikan mak dia beritahu dekat mak saya masa raya hari tu "dorang berdua ni kalau dah duduk satu bilik,entah apa yang diborakkan sampai ketawa melekek-lekek".haha..itu la kami.dia buat lawak,saya buat lawak then masing-masing ketawa terbahak-bahak.kadang-kadang kena kawal jugak.yela,sebelah bilik ni mana boleh bising-bising.haaa...kan....kahkah

sekarang ni,ada lagi sorang makcik a.k.a kakak kepada pakcik yang duduk satu rumah.sebab?erm..makcik sakit.anak dia?erm..tu tak tahu nak cakap apa.tanya la sendiri dekat makcik tu.kitorang satu bilik.tapi kan.kalau korang nak tahu,saya sekarang ni tengah geram!geram yang amat sangat-sangat.eeeeeee!!cuba korang bayangkan.ok,memang saya tak suka keluar bilik.but it doesnt mean that im slept or what so eva.saya sibuk tengok cerita running man and seangkatan dengannya.then,bibik dengan anak spupu saya masuk bilik saya.ok...kitorg main-main la.then,katil tak ada la bersepah mana.cuma,bantal peluk yang panjang kepunyaan saya tu beralih tempat.then,makcik saya tu naik bilik sebab nak mandi.ok la..sebab saya dekat bawah tengah tengok tv.sekali tu..dia jerit "seha,mari sekejap".ok la..ingatkan dia nak mintak tolong ke apa.kita punya la baik,berlari nak naik tangga. dengan jawapan "iye makcik.ada apa ye?".perh!giler sopan kan?dengan mak saya pun,saya tak macam tu.sekali tu,dia cakap 

makcik : tadi awak tidur kan atas katil nih?
me : eh..bukan..tadi ikhlas main dekat atas katil tu.saya tak tidur.
makcik : apa anak dara katil macam ni?nak jadi apa??!! (dengan suara nyaring)
me : (naik atas berlari then alihkan bantal peluk tu sahaja)

hell oooooo......bantal je kot..B A N T A L.then,hati ni dah panas.nak melawan,malas pulak.sabar...sekali tu,memang tak tahan da hati ni panas.amik phone,call mak.cehhhhh...mula-mula tanya khabar mak.then,bila dah rasa macam nak nangis,cakap la dekat mak.then mak cakap

mak : ala..tak apa dik.biarkan je.awak tahan je.tinggal lagi 2 minggu je kan.sabar ea.
me : mana boleh mak.cuba tengok.orang dalam rumah ni pun tak cakap macam tu.lagi2 mem beso..tak ada pun nak marah-marah or apa macam yang dia marah.ingat org ni ape...
mak : sekarang baru tau kan dia macam mana?mak dah kena da dik..masa dulu-dulu yang dia duduk rumah kita.bukan mak ni tak larat nak jaga.tapi disebabkan perangai dia macam tu la,mak tak sanggup.awak akan perasan,dia cuma marah awak je,tapi,anak-anak pakcik dia tak marah.sebab apa?sebab mereka orang ada-ada.awak biasa je.awak kena hati-hati sikit dik.dia tu kuat mengata.
me : habis tu mak...macam mana nih~~
mak : sabar jela..buat tak tahu.ok?
me : emmmmmm....=(

memang betul pun apa yang mak cakap.saya ni cuba la nak tengok apa yang makcik saya buat dekat anak-anak pakcik saya nih.ok...first,semalam.anak pakcik saya yang 2nd balik kerja then terlelap atas katil.ok.saya diamkan.the,magrib tu saya turun sebab dah nak azan.nak berbuka.so,turun.then dia pun turun after azan.sekali tu,makcik saya nih,stay je dekat dalam bilik.yela,orang tua kan.nak naik turun lif payah.sakit kaki.ok,saya diamkan.tapi dalam hati ni da cakap da "naik ni nak tengok bantal tu ok ke tak".sekali tu,after berbuka,saya naik masuk bilik nak solat.tengok katil bersepah.eh?tak marah ke dengan sepupu saya tu makcik?waaaaaauuuuuuu!!!!syabas makcik syabas!memang hebat....saya yang bantal peluk gerak sikit disebabkan anak sepupu saya boleh marah,dekat sepupu saya ni tak boleh marah?whooooaaa...hebatttt...then,diam lagi.tergerak hati cakap "tengok esok pagi katil macam mana".then,lepas bangun tidur,sepupu tak kemas.selimut tak dibetulkan,bantal tak susun.korang nak tahu apa jadi?makcik tu tak marah.cuma,dia gerak and dia yang kemas katil tu.perh!gila sakit gilerrr hati ni..terbakoooo je.haih..nasib la dia makcik saya.kalau tak...haish..lama da aq kerjakan.ni kejap lagi nak pergi tengok rumah dia dekat selayang.tak pe.biar dia buat kita,jangan kita buat orang.ye dak?

hahahahaha...sebenarnya bukan ini yang saya nak cerita.saya nak cerita pasal ni ha.ada orang ajak saya kahwin!masuk ni,dah 3 kali dah ada orang ajak saya kahwin.heheee....ok,first masa dulu-dulu la.dengan dak rusa tuh.ok,yang tu abaikan.mungkin yang tu main-main.then,yang 2nd,orang melaka.sekarang dia kerja dekat philiphina.biasa la..bila bos kata kena transfer sana.nak buat macam mana kan.tapi tu la...mungkin jodoh saya belum sampai kot.saya tolak la...saya cakap saya memang tak boleh nak terima dia.kalau nak tunggu,tunggu la..tak kesah.tapi,jangan berharap sangat.ok..yang ketiga pulak.haaa...kawan sekolah.masa dulu-dulu rapat dengan dia.then,lost contact.pernah jugak cari dia dalam facebook.tapi tak jumpa.sekali tu,minggu lepas dia add.terkejut jugak.then berborak la..tukar phone number.ok....tiba-tiba,dia tanya pasal study.lepas saya habis cakap je,dia ajak saya kahwin.wuhuuuu...tak caya?haa..ada screenshot kat bawah nih.



haaa...kelakar bak hang.tapi,cakap dekat dia.kenal dulu hati budi even dah kenal lama.kenal dulu kerjaya masing-masing.takut tak ada keserasian,payah.sekarang dia kat sarawak.kerja sane.haaa..habis tu,kalau dia kat sana,saya dekat sini...macam mana?tak ke.......heheee...tak apa la..doa la yang terbaik.insyaa Allah... =)

ok guys..nak bersiap.nak keluar jalan-jalan sekejap.nak tengok jalan ke rumah makcik.then nk bawak dia balik "sekejap".nanti pape hal,i update lagi ye.tata uollssss~~~

XoXoX

No comments:

Post a Comment