Friday, August 22, 2014

:: last day in keyyel ::

hi!assalamualaikum

hari ni last day for my intern.alhamdulillah...semua berjalan dengan lancar.rasa sedih jugak.yela,bila dah lama kat sini,rasa tu ada.tapi..rasa apa tak tahu.haha..mungkin rasa sayang dekat dorang.mesti saya akan rindu keluarga pakcik saya.heee.....selama saya ada dekat rumah tu,saya dijaga dengan begitu baik.sampaikan orang cakap badan saya makin naik.nampak tak betapa mereka menjaga saya.hahaha....thanks dekat family uncle sebab sudi jaga saya yang tak seberapa ni.thanks la dekat sepupu-sepupu yang melayan saya,yang memberi keperluan dan sebagainya.and thanks dekat bibik.sebab basuh baju saya,gosok baju saya,layan kerenah saya..thanks sangat...saya tak dapat membalas jasa baik korang,saya hanya mampu mendoakan supaya Allah membalas semua kebaikan yang korang semua buat.

thanks dekat si rusa.sebab rasanya sepanjang saya dekat sini,dia la yang teman saya.tak kira la.pergi makan je ke or pergi mana-mana.maaf saya nak ucapkan dekat dia sebab saya rasa banyak sangat kekurangan saya.lagi-lagi masa kita pergi ke tanjung karang.maaf....maaf sangat.ingat last day ni saya nak bawak dia jenjalan.yela,last day kan..dan saya tak rasa saya akan jumpa dia lagi lepas ni.sebab,jangan tanya.saya sendiri tak ada jawapan untuk itu.hati saya sahaja yang tahu apa yang akan saya buat.tapi,seems like he's not interested with me anymore.means he don't want to go out with me.yup...hmmm...nak buat macam mana.kalau orang dah tak sudi.saya baru ingat nak bawak dia tengok pemandangan malam KUALA LUMPUR.tapi....heheee..tak apa la.dia ada je orang lain untuk bawak tengok pemandangan tu.tak apa la.redha jela...in syaa Allah...

semalam,baru reject lagi seorang pemuda.dia ok..sangat ok.sama je perangai.suka anime,suka main ps3 or game..macam-macam la.tapi..entah la.hati belum boleh terima siapa-siapa kot.tak apa la,..Allah ada perancangan yang lebih baik untuk saya.kan? =')
bagus kalau orang tu tahu saya tunggu dia.bagus kalau dia tahu saya sebenarnya sangat takut untuk hilang dia.bagus kalau dia faham apa yang hati saya rasa.bagus kalau dia rasa semua apa yang saya rasa.tapi,itu semua hanya mimpi.haha...dalam doa saya,saya cuma boleh doakan supaya dia jumpa yang PERFECT untuk dia.jaga diri ye. =')

ok guys.rasanya saya dah boleh go out.hahaha..kang nangis lagi kang..tak tahu,..adios amigos.

XoXoX

Thursday, August 21, 2014

:: last week ::

hai korang!

sorry lama tak update.agak kesibukan sikit.minggu lepas dua hari berjalan.beraya rumah pakcik dan makcik dekat selangor ni.hehe..tak pernah beraya..ok la.saya cerita ye.minggu lepas,parent saya datang kuala lumpur.singgah tengok anak bongsu kesayang ni ha.haha..tehn,dorang pergi penang.nak tengok adik mak.tak berapa nak sihat.sekali dengan beraya la.then,hari jumaat parent sampai and tidur rumah makcik dekat ampang.saya pun tidur sini.yela,anak mak abah kan.mana boleh berpisah.tapi,kalau nak diikut,saya lebih rapat dengan mak.kalau dulu,ye..saya rapat dengan abah.sebab dulu,abah paling manjakan saya.then,saya pun jarang kena rotan.hehe...mengada kan?ok..then,sabtu tengah hari parent,abang and kakak balik dah.lepas dorang semua balik,saya dengan makcik beraya rumah makcik dekat shah alam.heeee...seronok jugak la.haha....korang nak tahu ktorang sampai rumah pukul berapa....pukul 12.00am.pergh!mesti korang tak percaya kan?haha..hal ini kerana....nak pergi NSK selayang.konon-konon nak cari shampoo.dan yang membuatkan lambat,si WAZE ni ha.ada ke patut,telah menyebabkan kami berdua pusing dekat roundbout 5kali.hahaha..tak tahu apa yang dia cakap.dah la dekat roundbout,dia suruh masuk simpang ke empat.dah saya bingung.mana tak,yang pegang handphone makcik.bukan saya.kalau saya,saya tahu la.sebab kita nampak kan mana nak masuk.hahaha...ok la.then ahad pergi beraya rumah pakcik dekat puncak alam.perh!lama sangat dah tak pergi sana.motor besar ada 3 jibik beb!3 jibik....hati aku jadi tak tentu ala la..hehe...sampai dekat rumah pun malam.dekat pukul 10.00pm.alhamdulillah..semua selamat.

minggu ni minggu akhir.mula-mula tak rasa pun sedih-sedih ni.then,dalam kepala otak ni,memang nak jumpa si rusa tu je ha.dah siap cakap dekat mak dah.dalam seminggu ni,asyik fikir si rusa je.then,tadi pagi la.mesej si rusa.

me : hi.erm,esok free tak?ingat nak ajak keluar.nanti kalau ada pape,btau la ea.
si rusa : maaf ye.dekat airport nih.
me : (gelabah macam nak nangis sebab ingat dia nak pergi indonesia or korea)

masa ni...saya dah tak tahu nak buat apa lagi.rasa nak menangis.lepas tu,radio ni pulak..asyik siarkan lagu sedih.ya Allah...aku dah fikir dah esok tak jumpa ke apa ke...aku ni siap tanya dekat kakak offie aku,agak-agak dia buat apa dekat KLIA.akak tu cakap mungkin pergi tengok mayat #MH17.aku fikir "takkan la dia tak kerja?".then aku terus mesej dia.tak pe kalau nampak macam stupid.yang penting,jangan biarkan hati aku menangis.

me : buat apa?
....................................10 minit......................................
si rusa : tengah dengar taklimat #mh17

alhamdulillah..bukan saya lupa pasal semua ni.tapi,macam tak percaya la.takut tahu...takut!saya cuma berdoa je,sebelum saya balik,saya nak jumpa dia.ya Allah... ='(

ok la guys.chow dulu...adios.

XoXoX

Sunday, August 10, 2014

:: berat badan ::

morning guys!assalamualaikum...

hari ni,rasa bersemangat pulak.haha...bukan apa..rasa hati ni lapang bila cukup tidur.ecehh...semalam,memang satu hari saya duduk rumah.tengok tv,tidur...makan...eh?makan ke?kahkah,,tak apa..sekarang ni...nak cerita sikit.sikit je..tak banyak.nanti akan ada cerita lain pulak.heee...

ok..berat badan idle saya...DULU la...56 or 57..sort of la.sebab kalau dulu,saya sangat aktif dengan sukan.tapi hanya bola tampar sahaja.yang lain...boleh letak tepi.hehehe...dengan hanya sukan itu sahaja,saya boleh maintainkan berat badan 56 or 57.seronok time tu.yela..kurus...comel...comel ker?haha..tak apa la.erm..then,after masuk U,berat badan I bertambah which is from 56 to 72kg.oh my bodyguard!sangat sangat sangat menaik.macam tak percaya kan?mesti korang tengah fikir,macam mana rupa saya.haha...comel!!!sangat comel.kahkah....

then...diam kan je la..sebab kalau orang suka saya,mereka kena terima saya seadanya.kan?tapi,lately..puasa tahun ni...saya kurang makan nasi.banyak makan lauk.then,korang nak tahu...saya boleh turun 4kg.sangat tak sangka kan?after a week raya...biasa la..puasa 6..in syaa Allah hari ni habis.minggu lepas turun 1kg.then,kelmarin kan saya ada beritahu yang saya pergi ke tanjung karang.saya tak makan satu hari sebab angin dah masuk.nak makan,tapi takut muntah.so..better tak makan.then,semalam check berat badan,turun lagi sekilo.perhhh!!!sangat seronok.haha..tapi kan,apa yang saya pelik sekarang ni..badan saya tak kecik tau.maintain sahaja.pelik..biasa sepatutnya kurus la yang mana patut.tapi....hmmmmm

mungkin saya sangat comel dalam keadaan macam ni kot.haha..tak apa la.in syaa Allah target akan dicapai.nak berat maintain 60kg.then,kahwin,naik 70kg.hahaha..

adios amigos dear readers.

XoXoX

Saturday, August 9, 2014

:: hurt me more ::

heh!tajuk macam gempak kan?haha..tak ada nya gempak...biasa je.actually,saya nak luahkan sesuatu.kenapa hati ni rasa sakit...sakit teramat.rasanya macam tak boleh bendung.ya Allah...kenapa ek?kalau benda macam ni pun saya tak boleh handle,macam mana nanti kalau dia berkahwin dengan perempuan lain?oh!i need strength.

ya Allah....sakitnya hati ni..kenapa ek?ya Allah....kuatkan semangat aq ya Allah...aq memerlukan kau di sisi aq..ya Allah....kau tutupkan lah hati aq dari mana-mana lelaki selain suamiku ya Allah...ya Allah...i need you.i need you more than him.ya Allah...Allahuakbar.this is my first time after a log time period i cried about him.again...it's hurt.macam ditusuk...ya Allah..menangis la seha.menangis..jika itu yang kau perlukan.menangis!!

:: perasaan yang bercampur baur ::

Morning guys...hari ni,update la sikit cerita saya.cerita apa?ermmm....kena baca la.sekarang ni,nak cerita sikit.semalam,9/8/14 saya ajak si rusa tu teman saya pergi tanjung karang rumah besties saya.korang nak tahu tak,saya ada la tanya sepupu saya perjalanan ke tanjunkarang.sebab dia dah biasa dah dengan perjalanan ke sana.dia cakap dalam 30 minit boleh sampai dah.sekali tu,korang bayangkan,saya dengan dia dekat dalam kereta tu boleh sampai 4 jam.kes?salah masuk jalan la.hahaha..macam mana entah.haih...kesian si rusa tu.yela...perut kosong,tak makan tengah hari,sampai umah kawan tu pukul 5.sampai je,tengok muka dia pucat.eh,anak orang ni...aq dah takut da.mak aii...giler kau tak takut.tak pernah aq buat anak orang macam tu.tobat laaa nak bawak dia lepas ni.heheeee....then,macam biasa la..suruh dia makan.takut gak en...saya?hanya mampu melihat sahaja makanan-makanan yang disediakan.haha..tak ada selera nak makan.rasanya,berkemungkinan perut da masuk angin,tu yang tak leh masuk.tapi,si rusa tu duk suruh pulak makan.yela,kesian kan tuan rumah..dah masak,tapi,tak makan.oh!apa kesalahan mereka.haha..then,saya amik la sikit.oh!lupa pulak.ekcelli ada part yang best dalam conversation ktorang.masa tu kawan-kawan saya dengar,perh!tak nak malu pulak aw woiii...haha..ok,part tu habis.tak hendak cerita.heee....then,ktorang gerak pukul 6 petang.yang kelakar,masa nak balik ni,mak kawan ada tanya

Makcik : ni ejat ye?
Ejat : haah.
Makcik : kenapa dah makin besar badannya?
Ktorang : hahahaha...
Me : saya makcik?
Makcik : ada la kurus sikit.yang tu siapa soleha?pakwe ea?sama cantik sama padan.
me : mana?eh!bukan..tu kawan je.hehe
Makcik : tak pe la..mudah mudahan.amin ye.
Me and rusa : (mata da bulat da tengok antara satu sama lain)

Then g i-city,lepas tu hantar hairima.ermm...part ni la yang saya nak cerita.

Actually kan,perasaan saya sekarang ni bercampur baur.sebab?ok,first...dalam hati ni memang nak sangat dia jadi suami.kalau boleh.tapi,entah la.hati saya ni.kadang-kadang nak,kadang-kadang tak nak.ok,sebenarnya nak admit satu benda.masa dekat i-city tu,serious shoot,saya cemburu bila si rusa rapat dengan membe saya.rasa......entah la.entah....then,malam tadi...mimpi.dan saya tak rasa mimpi saya tu seronok.sebab.....haha..kalau boleh saya tak nak ingat.tapi,nak buat cam ne kan.hmmm...tapi,malam tadi punya mimpi buat saya rasa tidur tak lena.faham?hahaha..nampak tak perasaan saya macam mana.perh!hopefully...tak jadi.nauzubillah.

Rasanya,dia dah boleh di reject.haha..ok,tutup hati rapat rapat.baru terbuka sikit.belum luas lagi.nasib baik.hehee...ok la guys.chow dulu.nanti pape,saya update lagi ye.

XoXoX

Wednesday, August 6, 2014

:: kahwin!! ::


hi korang!morning.semalam,saya tak ada update apa-apa kan?haaa...sebab semalam tak ada cerita yang nak dikongsi.malas rasanya nak on laptop then menaip semalam.bayangkan,saya boleh terlelap pukul 10 pagi and tersedar pukul 10.30 pagi.itu pun nasib baik bibik masuk bilik amik pakaian yang kotor.huish...agak-agak la kan,kalau bibik tak masuk bilik waktu tu,entah pukul berapa dah saya terlajak tidur.hmmm....tak pernah-pernah la jadi macam ni.mungkin penat kot...heheeee...(alasan)

oopppsss!korang jangan pulak fikir yang saya ni kaya ye sebab ada bibik.bukan....saya tinggal dengan pakcik saya.and yes,he have a servant.ok,korang dah tahu kan siapa yang orang ada-ada?nak diceritakan,sekarang ni saya tinggal dengan family pakcik saya which are they are the best (not including my uncle la).haha...sebab?jarang becakap dengan uncle.tak selalu..busy je.lepas tu macam serious.haaa..tu yang macam kena fikir dua tiga kali jugak la kalau nak bercakap dengan dia.tapi,anak-anak dia,perh!mabolos tau.jangan main-main.dalam anak-anak dia,saya paling rapat dengan yang 2nd.even dia umur lebih tua BANYAK dari saya.tapi,otak dia boleh ngam dengan otak saya.kalau dekat dalam bilik,perh!sampaikan mak dia beritahu dekat mak saya masa raya hari tu "dorang berdua ni kalau dah duduk satu bilik,entah apa yang diborakkan sampai ketawa melekek-lekek".haha..itu la kami.dia buat lawak,saya buat lawak then masing-masing ketawa terbahak-bahak.kadang-kadang kena kawal jugak.yela,sebelah bilik ni mana boleh bising-bising.haaa...kan....kahkah

sekarang ni,ada lagi sorang makcik a.k.a kakak kepada pakcik yang duduk satu rumah.sebab?erm..makcik sakit.anak dia?erm..tu tak tahu nak cakap apa.tanya la sendiri dekat makcik tu.kitorang satu bilik.tapi kan.kalau korang nak tahu,saya sekarang ni tengah geram!geram yang amat sangat-sangat.eeeeeee!!cuba korang bayangkan.ok,memang saya tak suka keluar bilik.but it doesnt mean that im slept or what so eva.saya sibuk tengok cerita running man and seangkatan dengannya.then,bibik dengan anak spupu saya masuk bilik saya.ok...kitorg main-main la.then,katil tak ada la bersepah mana.cuma,bantal peluk yang panjang kepunyaan saya tu beralih tempat.then,makcik saya tu naik bilik sebab nak mandi.ok la..sebab saya dekat bawah tengah tengok tv.sekali tu..dia jerit "seha,mari sekejap".ok la..ingatkan dia nak mintak tolong ke apa.kita punya la baik,berlari nak naik tangga. dengan jawapan "iye makcik.ada apa ye?".perh!giler sopan kan?dengan mak saya pun,saya tak macam tu.sekali tu,dia cakap 

makcik : tadi awak tidur kan atas katil nih?
me : eh..bukan..tadi ikhlas main dekat atas katil tu.saya tak tidur.
makcik : apa anak dara katil macam ni?nak jadi apa??!! (dengan suara nyaring)
me : (naik atas berlari then alihkan bantal peluk tu sahaja)

hell oooooo......bantal je kot..B A N T A L.then,hati ni dah panas.nak melawan,malas pulak.sabar...sekali tu,memang tak tahan da hati ni panas.amik phone,call mak.cehhhhh...mula-mula tanya khabar mak.then,bila dah rasa macam nak nangis,cakap la dekat mak.then mak cakap

mak : ala..tak apa dik.biarkan je.awak tahan je.tinggal lagi 2 minggu je kan.sabar ea.
me : mana boleh mak.cuba tengok.orang dalam rumah ni pun tak cakap macam tu.lagi2 mem beso..tak ada pun nak marah-marah or apa macam yang dia marah.ingat org ni ape...
mak : sekarang baru tau kan dia macam mana?mak dah kena da dik..masa dulu-dulu yang dia duduk rumah kita.bukan mak ni tak larat nak jaga.tapi disebabkan perangai dia macam tu la,mak tak sanggup.awak akan perasan,dia cuma marah awak je,tapi,anak-anak pakcik dia tak marah.sebab apa?sebab mereka orang ada-ada.awak biasa je.awak kena hati-hati sikit dik.dia tu kuat mengata.
me : habis tu mak...macam mana nih~~
mak : sabar jela..buat tak tahu.ok?
me : emmmmmm....=(

memang betul pun apa yang mak cakap.saya ni cuba la nak tengok apa yang makcik saya buat dekat anak-anak pakcik saya nih.ok...first,semalam.anak pakcik saya yang 2nd balik kerja then terlelap atas katil.ok.saya diamkan.the,magrib tu saya turun sebab dah nak azan.nak berbuka.so,turun.then dia pun turun after azan.sekali tu,makcik saya nih,stay je dekat dalam bilik.yela,orang tua kan.nak naik turun lif payah.sakit kaki.ok,saya diamkan.tapi dalam hati ni da cakap da "naik ni nak tengok bantal tu ok ke tak".sekali tu,after berbuka,saya naik masuk bilik nak solat.tengok katil bersepah.eh?tak marah ke dengan sepupu saya tu makcik?waaaaaauuuuuuu!!!!syabas makcik syabas!memang hebat....saya yang bantal peluk gerak sikit disebabkan anak sepupu saya boleh marah,dekat sepupu saya ni tak boleh marah?whooooaaa...hebatttt...then,diam lagi.tergerak hati cakap "tengok esok pagi katil macam mana".then,lepas bangun tidur,sepupu tak kemas.selimut tak dibetulkan,bantal tak susun.korang nak tahu apa jadi?makcik tu tak marah.cuma,dia gerak and dia yang kemas katil tu.perh!gila sakit gilerrr hati ni..terbakoooo je.haih..nasib la dia makcik saya.kalau tak...haish..lama da aq kerjakan.ni kejap lagi nak pergi tengok rumah dia dekat selayang.tak pe.biar dia buat kita,jangan kita buat orang.ye dak?

hahahahaha...sebenarnya bukan ini yang saya nak cerita.saya nak cerita pasal ni ha.ada orang ajak saya kahwin!masuk ni,dah 3 kali dah ada orang ajak saya kahwin.heheee....ok,first masa dulu-dulu la.dengan dak rusa tuh.ok,yang tu abaikan.mungkin yang tu main-main.then,yang 2nd,orang melaka.sekarang dia kerja dekat philiphina.biasa la..bila bos kata kena transfer sana.nak buat macam mana kan.tapi tu la...mungkin jodoh saya belum sampai kot.saya tolak la...saya cakap saya memang tak boleh nak terima dia.kalau nak tunggu,tunggu la..tak kesah.tapi,jangan berharap sangat.ok..yang ketiga pulak.haaa...kawan sekolah.masa dulu-dulu rapat dengan dia.then,lost contact.pernah jugak cari dia dalam facebook.tapi tak jumpa.sekali tu,minggu lepas dia add.terkejut jugak.then berborak la..tukar phone number.ok....tiba-tiba,dia tanya pasal study.lepas saya habis cakap je,dia ajak saya kahwin.wuhuuuu...tak caya?haa..ada screenshot kat bawah nih.



haaa...kelakar bak hang.tapi,cakap dekat dia.kenal dulu hati budi even dah kenal lama.kenal dulu kerjaya masing-masing.takut tak ada keserasian,payah.sekarang dia kat sarawak.kerja sane.haaa..habis tu,kalau dia kat sana,saya dekat sini...macam mana?tak ke.......heheee...tak apa la..doa la yang terbaik.insyaa Allah... =)

ok guys..nak bersiap.nak keluar jalan-jalan sekejap.nak tengok jalan ke rumah makcik.then nk bawak dia balik "sekejap".nanti pape hal,i update lagi ye.tata uollssss~~~

XoXoX

Monday, August 4, 2014

:: memory lama ::

hi guys! assalamualaikum :)

tahu tak kerja saya apa hari ni?tak tahu kan....hari ni kerja saya ialah membaca kesemua blog-blog lama saya.kenapa?sebab rindu...sedihnya rasa.hahaha...terkeluar sikit la air mata ni.entah la..kadang-kadang saya give up dengan semua ni.kenapa ek perlu jadi?orang cakap jangan mempertikaikan apa yang Allah rancang untuk kita.eh!baru tersedar la.hehe...hati ni rindu sangat dekat dia.rasa macam nak simpan dia elok-elok dalam hati ni.hanya dia...huuuuu......

tapi,rasanya semua tu hanya mimpi kot.kadang-kadang,saya selalu teringat dia,teringat memori saya dengan dia.tapi,bila fikir balik..dia takkan jadikan saya as isteri dia.siapa saya untuk dia.mesti dia ada kenalan lain kan?mesti dia ada choice lain kan?selalu gak tengok dekat LINE, mesti akan ada seorang perempuan yang selalu like or apa-apa la.hurmm...rasa.....entah bila sang hati boleh move on,saya sendiri tak tahu. :'(

apa pendapat korang ek?apa perlu saya buat?kesian sang hati.sampai bila sang hati nak jadi macam ni.tak tahan..... :'(

maaf la korang.tak boleh tahan.jadi,saya stop sini je la ea...?tata

XoXoX

Sunday, August 3, 2014

:: 2 minggu cuti ::

hai uolls...apa khabar?waahhh...masing-masing beraya tak ingat saya ye?banyak tak dapat duit raya?saya tak dapat banyak pun.ada la dalam rm50..yela...kita kan dah besar...jadi..duit raya takkan dapat cecah sampai rm100..macam dulu-dulu.hmm..oh!raya ni...soalan yang paling wajib yang saya patut dengar setiap kali beraya.."yang ni bila lagi?" or "tak ada siapa-siapa ke?".helloowww....tak ada soalan lain ke yang perlu dituju..tanya la...lepas habis praktikal ni nak buat apa?sort of la..kadang-kadang,jadi muak pulak nak menjawab.nasib la ada abah tu ha..yang tolong jawabkan..eceehhh...pandai tau abah cover.ingat lagi masa raya ke-3 beraya rumah nek ngah.sepupu abah tanya "yang ni bila lagi?".then,abah cakap "ala..lama lagi.lagipun,dia tak ada siapa-siapa tu.kalau ada someone,mesti handphone dah selalu dekat tangan,ni tak.kita tengok dia relax je..handphone pun tak pegang langsung time dekat rumah".eceh!caya tak abah saya?haha...kelakar giler...hmm...itulah hidup orang single...nak buat macam mana en...lagi pun,rasanya saya tak belum tiba masanya untuk saya bercinta.hati ni masih tak dapat nak terima siapa-siapa.even hari tu ada orang suka saya,saya try untuk dengan dia.tapi,perasaan tu tak ada...dan rasanya saya dengan dia tak boleh ngam,jadi....saya decide..better saya stay alone until saya jumpa yang benar-benar ikhlas macam dia.eh?siapa dia tu....hahahah...

ok...ekcelli saya nak cerita sepanjang cuti dua minggu saya,cuti saya dipenuhi dengan membersihkan rumah,menjaga anak-anak buah tak kira yang baby or yang umur 4 tahun.baru ada 3 anak buah,dah rasa macam tak larat.macam mana la nanti kalau kahwin en...haha...oh!cerita lagi la...tahun ni,saya,abang nombor 5,mak dan abah raya keyyel...hurmm...rasa tak seronok...sangat tak seronok.sebab?entah..tak ada rasa nak beraya.tahun ni mak nak tengok kubur arwah atok and mak tok..kesian mak..tak apa la..nak buat macam mana.dah adik-adik mak yang decide tanpa cakap dekat mak..ikut jela...ala,biarlah...kan dah sampai syurga dah atok dengan mak tok (in syaa Allah).

semalam,saya balik keyyel..ya Allah....malas teramat sangat.bayangkan,cuti dah 2 minggu,then..nak balik keyyel,kerja.perrhhh!!memang tak la weiii..then,siap-siap la..bawak makanan untuk family pakcik dan untuk deer..eh!masih ada lagi ke?heheeee...erm..shhh...diam-diam tau.yang membaca je yang tahu...orang lain tak tahu pasal ni..hehe.sampai seremban,mesej dia..cakap nak singgah rumah bagi makanan.then,dia ajak keluar.so,saya target dalam pukul 6.30 sampai umah dia.then dia pun cakap 6.30 tu gerak.perh..sekali tu..jem...omakaii...sakit hati weii...ingat sampai pukul 7..alhamdulillah..6.35 sampai umah dia.heee...seronok keluar dengan dia.tapi,hati ni sedih.setiap kali keluar dengan dia,mesti saya kena kuatkan hati saya.saya tak nak sayang dia.sakit sangat.sedih semua ada.yela..bila kita hidup fikirkan orang lain,ni la jadinya..tapi tak apa.anggap dia kawan.kan yang?eh...tahu tak yang tu short form dari perkataan apa?haa...deer cakap dari perkataan Yang Berbahagia bla bla bla..eleee..ingat orang tak tahu ke singkatan dari apa..ele....seronok!tolong la..tolong la...ya Allah...kalau cerita pasal perasaan ni..rasanya tak habis sampai bertahun kot.haha..k guys..chow dulu...keroje keroje...

XoXoX