Wednesday, December 24, 2014

Keputusan yang sukar

Hi korang.hmmm..hari ni nak buat tajuk apa ye.erm....nanti la fikir.just nak kongsi apa yang aku tengah alami.korang mesti susah nak lupa orang yang korang dah sayang giler.macam aku sekarang ni.dan yang paling sedih bila si lelaki tu masih main tarik tali lagi dengan aku.padahal kalau nak diikutkan dia dengan girl tu nampak baik je.tapi...entah la...aku masih tak faham dengan dia.

Then,aku lepak dengan member-member aku.dorang cakap "better amik lelaki yang sayangkan kau".tiba-tiba aku terfikir,ada orang yang sayangkan aku.tapi....entah.setiap kali aku nak ambil langkah untuk terima dia,aku akan terfikir "macam mana kalau one day aku jumpa orang yang aku sayang?".aku takut aku terima dia time aku tak ada perasaan.then,aku jumpa orang lain...haaa...tak kejam ke?oooooooohhhhhhhh myyyyyyyyy.........aku kena betul-betul buat keputusan.hopefully lah....huuu...doakan aku ye.

XoXoX

Wednesday, December 17, 2014

"Kalau da jodoh"

Hi guys.ada masa tak.nak tumpang bahu boleh?kejap je.tiba-tiba rasa nak menangis.now i know. "Kalau dah jodoh".mana nak sumbat kepala ni.rasa...benci...nampaknya,keputusan yang saya buat,betul.no need toooooooo......hate him damn much!

Monday, December 1, 2014

I'm done with you

Hi guys.pe habaq?saya hari ni kurang sehat.demam,selesema,sakit badan,batuk, letih dan sebagainya.penangan drive kereta dari johor ➡ kuala lumpur ➡ perak ➡ kuala lumpur ➡ johor ➡ kuala lumpur ➡ johor. Kesian kan?haha..tapi tak apa.tolong abah.yela..hantar rombongan kahwin anak buah dia a.k.a sepupu saya.mak suruh teman.takut abah drive sorang.heee...tapi tak apa la.at least,dapat juga saya belajar drive dekat highway.ecehhhh....

Ok...hari ni nak cerita pasal rusa.tadi tu sampingan sajeeee...hehe....semalam,saya ada cakap nak let go dia.even saya tak nak,tapi saya terpaksa.sokey kot.lagipun...penat da hati ni.kesian dekat sang hati.si rusa tu bukan nak cakap tak or ye.tadi,macam biasa lah...tengok gambar si rusa dengan dia.LAGI.oh my...rasanya,saya patut doakan yang terbaik untuk dorang berdua kot.rasanya saya tak perlu nak fikir tentang dia da.mungkin,ada bagusnya jugak saya tengok gambar tu.bagus jugak dia update selalu.tak ada la saya menangis hari-hari.haih...pulihlah sang hati ni.

Sakit kat hati ni,tak ada siapa yang tahu.sekarang ni,saya just fikir.mungkin belum tiba masa untuk saya bercinta.jadi,saya dah decide untuk sambung belajar.tiba2 tadi member suruh sambung study dekat luar negara.haha...new zealand or jepun?haha...dua tempat ni je yang menjadi pilihan hati.tunggu jela ye...kalau tak dapat,apply kerja dulu.lepas tu baru apply study luar negara.

Tak apa lah....benda ni simple je.so,dont worry la..sang hati ok jer.hahaha

K la all...badan tak sihat ni,nak tidur awal jer...thanks.
XoXoX

Sunday, November 30, 2014

2 days in kuala lumpur

Yo guys!assalamualaikum.

Perhhhh!!!lama giler beb tak hupdate blog.3 bulan jugak la tak berblogger.berhabuk habis haa blog nih.hehehe...korang apa khabar?alhamdulillah saya dah grad.kerja?belum lagi.sekarang tengah jaga anak-anak buah.lagipun,kalau ada rezeki,saya sambung study.tak nak la fikir kahwin ke apa ke.nak buat relax je.belajar selagi belum berkahwin.niat pun tak ada inikan pula nak mencari pasangan.eheee....

Ok.ada cerita baru nak di ceritakan.haaa..dengar ye.semalam saya ke kuala lumpur.jumpa si rusa.eheheee....tak sangka.jumpa jugak si dak debab comel-comel tu.heheee...tapi,rasanya dia dah susut sikit kot. Sebelum datang sane,mesej dengan dia nak jumpa.dia cakap boleh jumpa kejap je.tapi,bila dah jumpa bayangkan keluar rumah pukul 6.30 balik pukul 10.30.tak tengok wayang apa pun.pergi makan,jalan-jalan dan sesat jalan.ahaha....sedap semalam dapat makan bakso.memang fav saya la kan..kalau jumpa dia,memang setiap kali makan akan makan makanan orang seberang.sokey.ahaha..sedap tau.

Semalam jugak saya luahkan semua.isi hati dan segala yang ada la dalam hati ni.masa makan,ada jugak cakap hal lama.kalaulah dia dulu beritahu hal sebenar....uih,nak menangis gak dekat situ.tapi cover beb...cover...hmmm....tapi sedih gak la...sampai sekarang,saya masih lagi menangis.drive pun menangis.kalau la dia boleh tahu isi hati saya...tapi,dia takkan tahu apa yang ada dekat hati ni.

Kadang-kadang terfikir jugak.perlu ke saya buat macam ni.rela ke hati ni?tak sakit?erm..kalau untuk kebahagiaan dia,tak apa.saya sanggup berundur.awak jaga la diri k.

Heee..mengalir lagi. :')
XoXoX

Friday, August 22, 2014

:: last day in keyyel ::

hi!assalamualaikum

hari ni last day for my intern.alhamdulillah...semua berjalan dengan lancar.rasa sedih jugak.yela,bila dah lama kat sini,rasa tu ada.tapi..rasa apa tak tahu.haha..mungkin rasa sayang dekat dorang.mesti saya akan rindu keluarga pakcik saya.heee.....selama saya ada dekat rumah tu,saya dijaga dengan begitu baik.sampaikan orang cakap badan saya makin naik.nampak tak betapa mereka menjaga saya.hahaha....thanks dekat family uncle sebab sudi jaga saya yang tak seberapa ni.thanks la dekat sepupu-sepupu yang melayan saya,yang memberi keperluan dan sebagainya.and thanks dekat bibik.sebab basuh baju saya,gosok baju saya,layan kerenah saya..thanks sangat...saya tak dapat membalas jasa baik korang,saya hanya mampu mendoakan supaya Allah membalas semua kebaikan yang korang semua buat.

thanks dekat si rusa.sebab rasanya sepanjang saya dekat sini,dia la yang teman saya.tak kira la.pergi makan je ke or pergi mana-mana.maaf saya nak ucapkan dekat dia sebab saya rasa banyak sangat kekurangan saya.lagi-lagi masa kita pergi ke tanjung karang.maaf....maaf sangat.ingat last day ni saya nak bawak dia jenjalan.yela,last day kan..dan saya tak rasa saya akan jumpa dia lagi lepas ni.sebab,jangan tanya.saya sendiri tak ada jawapan untuk itu.hati saya sahaja yang tahu apa yang akan saya buat.tapi,seems like he's not interested with me anymore.means he don't want to go out with me.yup...hmmm...nak buat macam mana.kalau orang dah tak sudi.saya baru ingat nak bawak dia tengok pemandangan malam KUALA LUMPUR.tapi....heheee..tak apa la.dia ada je orang lain untuk bawak tengok pemandangan tu.tak apa la.redha jela...in syaa Allah...

semalam,baru reject lagi seorang pemuda.dia ok..sangat ok.sama je perangai.suka anime,suka main ps3 or game..macam-macam la.tapi..entah la.hati belum boleh terima siapa-siapa kot.tak apa la,..Allah ada perancangan yang lebih baik untuk saya.kan? =')
bagus kalau orang tu tahu saya tunggu dia.bagus kalau dia tahu saya sebenarnya sangat takut untuk hilang dia.bagus kalau dia faham apa yang hati saya rasa.bagus kalau dia rasa semua apa yang saya rasa.tapi,itu semua hanya mimpi.haha...dalam doa saya,saya cuma boleh doakan supaya dia jumpa yang PERFECT untuk dia.jaga diri ye. =')

ok guys.rasanya saya dah boleh go out.hahaha..kang nangis lagi kang..tak tahu,..adios amigos.

XoXoX

Thursday, August 21, 2014

:: last week ::

hai korang!

sorry lama tak update.agak kesibukan sikit.minggu lepas dua hari berjalan.beraya rumah pakcik dan makcik dekat selangor ni.hehe..tak pernah beraya..ok la.saya cerita ye.minggu lepas,parent saya datang kuala lumpur.singgah tengok anak bongsu kesayang ni ha.haha..tehn,dorang pergi penang.nak tengok adik mak.tak berapa nak sihat.sekali dengan beraya la.then,hari jumaat parent sampai and tidur rumah makcik dekat ampang.saya pun tidur sini.yela,anak mak abah kan.mana boleh berpisah.tapi,kalau nak diikut,saya lebih rapat dengan mak.kalau dulu,ye..saya rapat dengan abah.sebab dulu,abah paling manjakan saya.then,saya pun jarang kena rotan.hehe...mengada kan?ok..then,sabtu tengah hari parent,abang and kakak balik dah.lepas dorang semua balik,saya dengan makcik beraya rumah makcik dekat shah alam.heeee...seronok jugak la.haha....korang nak tahu ktorang sampai rumah pukul berapa....pukul 12.00am.pergh!mesti korang tak percaya kan?haha..hal ini kerana....nak pergi NSK selayang.konon-konon nak cari shampoo.dan yang membuatkan lambat,si WAZE ni ha.ada ke patut,telah menyebabkan kami berdua pusing dekat roundbout 5kali.hahaha..tak tahu apa yang dia cakap.dah la dekat roundbout,dia suruh masuk simpang ke empat.dah saya bingung.mana tak,yang pegang handphone makcik.bukan saya.kalau saya,saya tahu la.sebab kita nampak kan mana nak masuk.hahaha...ok la.then ahad pergi beraya rumah pakcik dekat puncak alam.perh!lama sangat dah tak pergi sana.motor besar ada 3 jibik beb!3 jibik....hati aku jadi tak tentu ala la..hehe...sampai dekat rumah pun malam.dekat pukul 10.00pm.alhamdulillah..semua selamat.

minggu ni minggu akhir.mula-mula tak rasa pun sedih-sedih ni.then,dalam kepala otak ni,memang nak jumpa si rusa tu je ha.dah siap cakap dekat mak dah.dalam seminggu ni,asyik fikir si rusa je.then,tadi pagi la.mesej si rusa.

me : hi.erm,esok free tak?ingat nak ajak keluar.nanti kalau ada pape,btau la ea.
si rusa : maaf ye.dekat airport nih.
me : (gelabah macam nak nangis sebab ingat dia nak pergi indonesia or korea)

masa ni...saya dah tak tahu nak buat apa lagi.rasa nak menangis.lepas tu,radio ni pulak..asyik siarkan lagu sedih.ya Allah...aku dah fikir dah esok tak jumpa ke apa ke...aku ni siap tanya dekat kakak offie aku,agak-agak dia buat apa dekat KLIA.akak tu cakap mungkin pergi tengok mayat #MH17.aku fikir "takkan la dia tak kerja?".then aku terus mesej dia.tak pe kalau nampak macam stupid.yang penting,jangan biarkan hati aku menangis.

me : buat apa?
....................................10 minit......................................
si rusa : tengah dengar taklimat #mh17

alhamdulillah..bukan saya lupa pasal semua ni.tapi,macam tak percaya la.takut tahu...takut!saya cuma berdoa je,sebelum saya balik,saya nak jumpa dia.ya Allah... ='(

ok la guys.chow dulu...adios.

XoXoX

Sunday, August 10, 2014

:: berat badan ::

morning guys!assalamualaikum...

hari ni,rasa bersemangat pulak.haha...bukan apa..rasa hati ni lapang bila cukup tidur.ecehh...semalam,memang satu hari saya duduk rumah.tengok tv,tidur...makan...eh?makan ke?kahkah,,tak apa..sekarang ni...nak cerita sikit.sikit je..tak banyak.nanti akan ada cerita lain pulak.heee...

ok..berat badan idle saya...DULU la...56 or 57..sort of la.sebab kalau dulu,saya sangat aktif dengan sukan.tapi hanya bola tampar sahaja.yang lain...boleh letak tepi.hehehe...dengan hanya sukan itu sahaja,saya boleh maintainkan berat badan 56 or 57.seronok time tu.yela..kurus...comel...comel ker?haha..tak apa la.erm..then,after masuk U,berat badan I bertambah which is from 56 to 72kg.oh my bodyguard!sangat sangat sangat menaik.macam tak percaya kan?mesti korang tengah fikir,macam mana rupa saya.haha...comel!!!sangat comel.kahkah....

then...diam kan je la..sebab kalau orang suka saya,mereka kena terima saya seadanya.kan?tapi,lately..puasa tahun ni...saya kurang makan nasi.banyak makan lauk.then,korang nak tahu...saya boleh turun 4kg.sangat tak sangka kan?after a week raya...biasa la..puasa 6..in syaa Allah hari ni habis.minggu lepas turun 1kg.then,kelmarin kan saya ada beritahu yang saya pergi ke tanjung karang.saya tak makan satu hari sebab angin dah masuk.nak makan,tapi takut muntah.so..better tak makan.then,semalam check berat badan,turun lagi sekilo.perhhh!!!sangat seronok.haha..tapi kan,apa yang saya pelik sekarang ni..badan saya tak kecik tau.maintain sahaja.pelik..biasa sepatutnya kurus la yang mana patut.tapi....hmmmmm

mungkin saya sangat comel dalam keadaan macam ni kot.haha..tak apa la.in syaa Allah target akan dicapai.nak berat maintain 60kg.then,kahwin,naik 70kg.hahaha..

adios amigos dear readers.

XoXoX